Jumaat, 12 Februari 2010

FACEBOOK??ANDA PENENTU HALAL HARAMNYA



Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

http://www.harakahdaily.net/Mohd Alif

Rabu, 10 Februari 2010

Mahu Jadi Anak Perantau???

Sesiapa Yang Berminat untuk menjadi anak perantau dan menambah ilmu di dada atau Menyambung Pelajaran ke Pekanbaru, Riau, Indonesia silalah layari laman blog ni.. http://www.pkpmi-cpb.blogspot.com/


UIN PUSAT TEMPAT KULIAH BAHASA


FAKULTAS SYARIAH





Maaf..ni je gambar yang sempat penulis letak.. gambar lain xde lagi..
klau ade penulis akan letak lagi InsyAllah..



Haa..ni Kumpulan Nasyid Inspirasi...yang best nye penulis sendiri join kumpulan ni..hehe... kalau penulis xde x sedap muzik dia...huhu...yang solo die hebat2 dan berpengalaman belaka..tapi penulis x jadi solo..kalau penulis jadi solo jawabnyer artis kt Malaysia xleh cari makan...



Ni masa tournement futsal kt Riau kuring futsal Pekanbaru.. ade 8 Team klau x silap.. Sume dak Malaysia..Juara die team dalam gambar ni la..huhu....budak Pompuan x men futsal..diorang wat Tournement bowling..gamba xde lak..xpe la..yang penting team dalam gambar ni Juara....


Penulis Bersama dengan budak umah yang agak sakit dan gila2 jugak...



Tinggal kenangan...penulis bersama mantan2 barisan pimpinan Persatuan kebangsaan pelajar Malaysia Indonesia cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) sesi 2008/09 pada Masyuarat agung tahunan yang berlansung pada 13 Disember 2009 dan diadakan di Konsulat Malaysia Pekanbaru dan dirasmikan oleh Konsul Malaysia Pekanbaru iaitu Encik Zamani Bin Ismail...


Encik Zamani selaku konsul Malaysia Pekanbaru Merasmikan Masyuarat Agung tahunan PKPMI kali ke 17..

Para Mujahid Pejuang Kebenaran


Hasan Al Banna Mati Ditembak Syeikh Hasan Al-Banna dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: "Hanya Islamlah ayah kandungku." Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa'ati, atau si tukang jam.


Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.


Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.


Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.


Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-lkhwanul Muslimin" (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.


Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:

1. Membentuk peribadi Muslim

2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam

3. Cara hidup kampung Islam

4. Menuju kepada negeri Islam

5. Menuju kepada pemerintahan Islam.


Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.


Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.


Syeikh Hasan Al-Banna bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.


Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.


Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: "Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah."


Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.


Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.


Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Selasa, 9 Februari 2010

Suka Duka Perantau


Assalamualaikum...

Alhamdulillah Bersyukur Kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nyawa untuk penulis terus berkorban dalam meneruskan perjuangan untuk mencapai matlamat baik untuk diri maupun masyarakat...Sedikit Pengalaman penulis Sebagai Wakil Pelajar Malaysia Pekanbaru......(bahasa penulis kurang memuaskan)kalau x faham pn wat2 faham eh...
Sudah hampir 2 tahun penulis menjawat jawatan dalam Persatuan Kebanggsaan Pelajar Malaysia Cawangan Pekanbaru(PKPMI-CBP)di mana tahun pertama penulis diamanahkan untuk menjawat sebagai bendahari dan tahun kedua diamanahkan sebagai Timbalan Setiausaha.. 2 tahun berturut-turut penulis memengang jawatan sebagai AMT atau Ahli majlis tertinggi dalam Persatuan, banyak pegalaman suka duka yang penulis tempuhi sebagai AMT dan sebagai wakil pelajar Malaysia untuk mengjaga kebajikan pelajar..skang dan xde jawatan..boring gak sebab dah biase dengan kesibukan belajar dan berpesatuan..tahun Pertama dalam persatuan penulis dan lima orang sahabat menjadi wakil untuk ke Konvensyen Kepimpinan yang diadakan di Makassar..pertama kali dalam hidup dapat naik flight lion air..(free lak tu)..huhu..transit di bali dan jakarta untuk sampai ke makassar.. jauh perjalanan luas permandangan tapi puas dan berbaloi sebab free kot..dapat knal rmai jugak la kawan2 Malaysia yang belajar di seluruh Indonesia..tapi kebanyakan diorg nak jadi doktor dalam jurusan medic..kami doktor jugak kot tapi doktor JIWA..haha.. sape sakit jiwa bole la jumpe kami eh..permandangan di makassar mmg cantik sbb hotel kami pun tepi pantai..five star tuu..rmai jugak dato or YB dari Malaysia datang konvensyen..Dato Mustapha Mohamed..mase tu die Menteri Pengajian tinggi..



ade la lagi 3 or 4 orang dato..huhu..penulis pon x bape ingat..haa..Dato Najib ada datang jgk, die amik anugerah Doktor Honoris Causa..



mlm tu penulis dengan semua budak Malaysia mkn malam di rumah Jussuf Kalla beliau ialah wakil presiden Indonesia mase tu..huhu...kalau x silap 3 hari 2 malam kami berlima menetap di hotel tu..hotel aryaduta..sape nk jln makassar cari la hotel aryaduta..



tu la serba sedikit pengalaman penulis waktu di makassar dihantar sebagai wakil pelajar Malaysia cawangan pekanbaru..pengalaman yang mungkin x dapat dilupakan..dah la naik flight free..hotel pon free..five star lak 2..rezeki penulis..nk wat cam ne kan..pape pon yang terjadi perjuangan tetap diteruskan.. smpai sini dulu penulis ingin kongsi dan sampaikan..ade waktu penulis akan cerita lagi pengalaman-pengalaman menjadi seorang perantau di Negara orang iaitu INDONESIA.......

Isnin, 8 Februari 2010

Sayangi & Hormati Ibu


Kepada anak – anak dan yang akan mendirikan rumahtangga dan yang akan 
begelar IBU, marilah kita merenung sejenak pengorbanan SEORANG IBU. 
Jasa dan pengorbanan IBU wajar dikenang dan disanjung tinggi setiap 
waktu. Kasih sayang yang diberikan oleh IBU tidak ternilai harganya, 
bahkan segala pengorbanan yang IBU curahkan juga tidak mampu untuk 
kita balas. Ayuh marilah kita renungi dan semak diri kita.
 
1. Ibu bersusah payah mengandungkan kita selama 9 Bulan 10 Hari.
2. Ibu adalah orang yang bertanggungjawap melahirkan kita. Tanpa Ibu, 
            tidaklah mungkin kita dapat melihat dunia ini.
3. Ibu jugalah yang telah menyusukan kita sewaktu kita kecil dan bila kita 
            lapar.
4. Ibu juga yang menjaga, membelai kita sejak dalam kandungan hinggalah 
            kita dewasa kini.
5. Ibu adalah merupakan wanita pertama yang membentuk perwatakan diri 
            kita.
6. Ibu, Tidurnya tidak pernah lena kerana terlalu memikiran keselamatan 
            kita.
7. Ibu adalah pembimbing dalam pelbagai perkara.
8. Ibu, Dalam apa jua keadaan, Ibu sanggup berkorban apa sahaja walaupun 
            nyawa sebagai taruhan demi anak – anaknya.
9. Ibu adalah pelindung atau payung kedua dalam keluarga selepas Bapa.

10. Ibu juga bertanggungjawap membesarkan kita selain Bapa.

11. Ibu tunggal, Dia adalah Bapa kepada anak – anaknya yang tersayang.

12. Ibu sanggup tak makan asalkan anak – anaknya tidak kelaparan.

13. Ibu adalah contoh terdekat bagi anak perempuan, manakala bagi anak 
            lelaki, ibu adalah wanita paling ideal dan wanita pertama yang hadir 
            dalam hidup.

14. Ibu, kasihnya sentiasa menyinari kehidupan walaupun dalam apa jua 
            situasi. Ketika resah, sedih, gembira serta apa jua situasi, ibu tetap 
            bersama kita dan bila menghadapi masaalah, Ibulah menjadi tempat 
            rujukan.

15. Ibu merupakan orang kepercayaan Bapa dan kerluarga dalam menjaga 
            struktur kewangan keluarga.

16. Ibu juga manjadi ‘Pelindung’ bila kita dimarahi Bapa. Ibu tetap 
            menyebelahi kita.

17. Ibu adalah wanita yang bijak, tekun serta sabar dalam membahagikan 
            masa antara urusan rumah tangga dan melayan suami serta kerenah anak – 
            anak.

18. Ibu, sokongan, nasihat dan doanya sentiasa mengiringi perjalan hidup 
            kita.

19. Ibu tidak pernah kedekut untuk menyalurkan dan berkongsi pendapat dan 
            panduan, dan Ibu juga tidak pernah jemu memberikan nasihat serta 
            tunjuk ajar kepada kita.

20. Ibu tidak pernah meminta balasan di atas segala pengorbanannya 
            walaupun kini kita telah dewasa, namun kasih sayangnya tetap serupa.

21. Ibu adalah wanita yang paling ‘Sporting’ dan memahami, biarpun ada 
            kalanya dia langsung tidak bersetuju dengan cara, tindakan ataupun 
            keputusan yang kita lakukan.

22. Ibu adalah pengkritik utama yang tulus iklas, dari segi pakaian, 
            peradaban dan cara pembawan kita seharian demi kebaikkan kita serta 
            keluarga.

23. Ibu menjadi sumber inspirasi, biarpun tidak mempunyi pendidikan yang 
            tinggi namun Ibu tetap berusaha untuk mendidik anak – anaknya supaya 
            menjadi insan yang berjaya.

24. Ibu sanggup memberikan segala yang dimilikinya demi untuk kebahagian 
            dan kesejahteraan keluarga yang tersayang.

25. Ibu, biarpun kami sering menyakiti dan melukai hatimu, namun Ibu 
            tetap mendoakan kebaikan, keselamatan, kesejahteran, keampunan dan 
            rahmat dari tuhan.

26. Ibu, walaupun beribu batu jauhnya, namun kasih ibu tetap abadi tidak 
            pernah luntur terhadap kita bahkan tetap bersemadi di hati.

27. Ibu, dalam keluarga Ibulah ibarat seorang nakhoda kapal, yang 
             menuntukan hala tuju, belayar dengan tenang atau disebaliknya.

28. Ibu bersengkang mata siang, malam menjaga kita dan setiap dakapan Ibu 
             itu membuatkan kita rasa selesa serta selamat.

29.Ibu, walaupun setiap saat orang lain akan meninggalkan kita, tetapi
      Ibu tetap sentiasa disisi walaupun kita melakukan kesalahan yang sukar 
            untuk dimaafkan.

31.Ibu adalah insan yang akan bersedih dan terguris hatinya jika kita 
            tidak berjaya dalam hidup.

32.Ibu adalah insan yang akan berdiri dihadapan untuk menjaga martabat 
            serta kehormatan keluarganya dan tidak pernah gentar walaupun terpaksa 
            menjadi korban.

33. Ibu, kasih sayang mu tanpa sempadan dan telah termaktub 
            dalam ‘Hadis, "Tempat Ibu Paling Teratas dan Syurga Itu Terletak 
            Dibawah Telapak Kaki Ibu.
            Amin..yarabal alamin...