Rabu, 2 September 2009

Kemurkaan Allah pada sesiapa yang meninggalkan solat wajib


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT :

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang dudukbersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu,
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat
pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian
mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai
para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain
kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh
ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku?

Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia
telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang
berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan